Winni Friday, 30, dari Kampung Sungai Bari, di sini, yang juga ibu kepada tiga anak berusia 18 bulan hingga 10 tahun ditemui seorang lelaki yang juga penduduk kampung berkenaan ketika mahu membuang sampah, kira-kira jam 8 malam.
Menurut sumber, lelaki terbabit kemudian menghantar wanita itu pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Bari, kira-kira 500 meter tempat kejadian.
“Mangsa mendakwa dia berada di tempat terbabit kerana ‘disorok’ seorang wanita berambut putih selepas cuba membunuh diri dengan terjun sungai dari sebatang pokok di sebuah kebun, petang Ahad lalu.
“Wanita terbabit memberitahu, ternampak seorang wanita berambut putih menariknya ke bawah selepas terjun dan dibawa ke tempat berkenaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment