Tuesday 4 October 2011

Ibu dipercayai pelajar sekolah

KOTA BHARU: Ibu kepada bayi perempuan yang mayatnya disumbat di dalam beg sebelum dihumban ke dalam telaga sedalam lima meter di kawasan kebun getah berdekatan Kampung Kubang Kacang dekat Limbat, Kubang Kerian Ahad lalu, dipercayai pelajar sekolah.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, walaupun suspek belum dikenal pasti, berdasarkan barangan yang ditemui di dalam beg berkenaan, polis percaya ibu kepada bayi malang itu adalah pelajar sekolah.

“Berdasarkan bedah siasat, kami juga mendapati bayi itu mati bukan akibat dibunuh, tetapi meninggal dunia kerana dilahirkan tidak cukup bulan dan siasatan ditukar ke Seksyen 318 Kanun Keseksaan berbanding Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebelum ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment