Tuesday 4 October 2011

Pertandingan pembesar suara di bandar India




AP 
BEBERAPA orang berdiri dekat dengan sejumlah pembesar suara dalam satu pertandingan yang 
diadakan di Allahabad, India kelmarin.


ALLAHABAD, India - Satu pertandingan pembesar suara diadakan di bandar ini dalam satu pameran semalam.
Pemilik sistem pembesar suara yang paling kuat mengeluarkan bunyi akan dipilih sebagai pemenang oleh pihak penganjur.
Memainkan muzik dengan kuat telah menjadi tradisi dalam pameran-pameran tempatan yang diadakan di bandar ini.
Menurut Peraturan Mengawal Bunyi India, jarak bunyi yang dibenarkan di kawasan kediaman ialah 55 desibel.
Tiada kebenaran diberikan oleh pihak berkuasa untuk penggunaan sistem bunyi awam seperti mikrofon, pembesar suara dan amplifier di kawasan terbuka selepas pukul 10 malam dan sebelum 6 pagi. - AP

No comments:

Post a Comment