Tuesday 4 October 2011

Petani syak plat keretanya dipalsu



04/10/2011 3:25pm

YAN - Seorang petani mengesyaki nombor keretanya dipalsukan selepas mendapati namanya disenarai hitam kerana mempunyai saman belum dijelaskan.
Che Mei Razak, 46, dari Guar Chempedak dekat sini berkata, menurut rekod polis trafik, jenis kenderaan yang disaman ialah motosikal sedangkan nombor pendaftaran itu adalah bagi keretanya.
"Ketika ingin memperbaharui lesen kenderaan baru-baru ini, saya diberitahu mempunyai saman trafik tujuh tahun lalu. Ahad lepas saya pergi ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Yan bagi mengetahui hal sebenar dan terkejut selepas diberitahu saya mempunyai satu saman pada 2004 ke atas sebuah motosikal yang menggunakan nombor pendaftaran kereta saya di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment