Tuesday, 4 October 2011

Waspada individu menyamar pegawai SSM minta 'derma'



04/10/2011 4:39pm

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini mengingatkan peniaga supaya berwaspada dengan individu menyamar pegawai SSM.
Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan berkata, individu-individu berkenaan mengunjungi premis perniagaan dan mendakwa kononnya mereka sedang menjalankan pemeriksaan dan meminta pemilik perniagaan mengemukakan dokumen pendaftaran perniagaan.
"Maklumat ini kami terima hasil daripada laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris 1 Oktober lepas dan dalam kes yang dilaporkan, ia melibatkan pemilik bengkel yang diugut akan didenda sekiranya gagal membayar RM1,800 sebagai ”derma”,” tambah kenyataan itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment