SERIAN: Sekeping nota menjadi bukti untuk polis membuka kertas siasatan bagi mensabitkan tindakan seorang ibu yang ditemui selepas dua hari dilaporkan hilang dalam cubaan membunuh diri di Sungai Serin, di sini, malam kelmarin.
Penemuan nota berdekatan lokasi kejadian dipercayai bahan bukti terhadap perbuatan dilakukan ibu kepada tiga anak pada, petang Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Jamali Umi berkata, siasatan polis bersandarkan penemuan nota yang ditinggalkan wanita berkenaan di lokasi kejadian.
Katanya, nota itu menggambarkan wanita berkenaan mempunyai niat membunuh diri.
“Wanita berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri. Kami sedang mengumpul maklumat bagi menjalankan siasatan. Polis akan mengambil keterangan saksi dalam tempoh terdekat,” katanya.
Mengulas lanjut, Jamali berkata, Winni Friday, 30, ditemui seorang lelaki tidak jauh dari tempat wanita terbabit terjun ke dalam sungai, kira-kira jam 8 malam.
No comments:
Post a Comment