LONDON - Aktor yang dikenali ramai melalui siri komedi Mr. Bean, Rowan Atkinson kembali menggeletek di layar perak sebagai ejen perisik dungu, Johnny English.
Walaupun mendokong watak kelakar dalam filem terbaharunya, Johnny English Reborn, Atkinson mengaku penggambaran filem tersebut bukan sesuatu yang melucukan, apatah lagi menyeronokkan.
"Secara jujur, saya tidak pernah berasa seronok semasa melakukan penggambaran filem," katanya.
Ditemui pemberita semasa acara karpet merah di sini pada hujung minggu lalu untuk mempromosikanJohnny English Reborn di Britain, pelakon berusia 56 tahun itu menambah: "Tidak banyak gelak ketawa didengari di set penggambaran kerana saya menjadi terlalu serius ketika bekerja,"
Johnny English Reborn merupakan sekuel filem Johnny English yang menemui penonton pada 2003.
Selain Atkinson, filem arahan Oliver Parker itu turut menampilkan aktres Gillian Anderson dan Pamela Head.
Filem Johnny English pada 2003 yang menelan modal AS$40 juta (RM127.84 juta), meraih pulangan AS$160 juta (RM511.36 juta) menerusi tayangan di seluruh dunia. - Reuter
No comments:
Post a Comment