Tuesday, 4 October 2011

Indonesia mahu beli kapal selam Asia




Satu daripada kapal selam milik tentera Indonesia, KRI Cakra 401. - AGENSI


JAKARTA 4 Okt. - Indonesia memilih negara Asia sebagai destinasi untuk membeli kapal selam dan kapal perang (frigat) baru bagi keperluan pertahanan republik ini.
Ketua Staf Tentera Nasional Indonesia (TNI) Angkatan Laut, Laksamana Suparno berkata, kemungkinan besar TNI membeli kapal selam dan perang dari negara Asia.
''Ketika ini kita sudah mengenal pasti kapal selam buatan Korea Selatan," katanya di sini, hari ini.
Menurut Suparno, berikutan kekangan kewangan menyebabkan Indonesia tidak memilih kapal selam buatan negara Eropah Barat.
Justeru ujarnya, TNI tidak menolak kemungkinan membeli peralatan perang itu dari negara lain di Asia selain Korea Selatan.
Korea Selatan kini sedang membaiki kapal selam milik Indonesia, KRI Nanggala yang dijangka kembali beroperasi awal tahun depan.
Selain KRI Nanggala kata beliau, Indonesia memiliki satu lagi kapal selam kelas Cakra iaitu KRI Cakra dan TNI memerlukan sekurang-kurangnya tiga buah kapal frigat.
"Pembangunan kapal perang dirancang dalam bentuk kerjasama dengan pihak asing dan tempatan. Sebahagian modul dibuat dalam negeri," kata Suparno.
Suparno berkata, pemerintah juga harus memberi keutamaan untuk menyediakan rumah bagi kemudahan anggota tentera khususnya tentera laut, supaya mereka dapat memberi lebih fokus untuk melaksanakan tugas mempertahankan keselamatan negara.- Utusan
Utusan Malaysia Online - Luar Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment