Tuesday 4 October 2011

Kebakaran: Pekerja ladang rugi




KETUA UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Zaili Cha (kanan) menyampaikan sumbangan kepada keluarga Fauzi yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Parit Gabis Bawah, Bagan Serai musnah terbakar, kelmarin.


BAGAN SERAI 4 Okt. - Seorang pekerja ladang kelapa sawit kerugian lebih RM40,000 apabila rumahnya di Parit Gabis Bawah di sini musnah dalam kebakaran semalam.
Kebakaran pada pukul 12 tengah hari itu menyebabkan lelaki tersebut, Fauzi Yahaya, 46, bergegas pulang ke rumahnya sebaik sahaja dimaklumkan oleh seorang jiran.
Menurut Fauzi, hampir semua barang di rumahnya termasuk wang tunai berjumlah RM1,000, perabot, pelbagai dokumen penting, alatan serta buku sekolah anak-anaknya musnah.
Ketika kejadian, kata mangsa, isterinya, Rohani Ishak, 42, keluar bekerja manakala anak-anaknya sedang bersekolah.
"Saya juga bersyukur kerana rumah didiami ibu dan bapa saya yang terletak berhampiran tidak disambar api," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui.
Nasib malang yang menimpa Fauzi bagaimanapun mendapat perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan sumbangan termasuk UMNO Bahagian Bagan Serai, Baitulmal Perak dan Tabung Bencana Alam Daerah Kerian.
Utusan Malaysia Online - Utara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment