04/10/2011 3:32pm
KOTA KINABALU - Polis Sabah berjaya menyelamatkan 172 mangsa pemerdagangan manusia dalam 23 serbuan yang dijalankan di negeri ini sejak 2009 hingga hari ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, kebanyakan mangsa yang diselamatkan itu adalah wanita yang diperdagangkan dalam kegiatan pelacuran berasal dari Filipina, Indonesia dan Vietnam.
"Sebanyak 131 tangkapan dilakukan melalui serbuan tersebut terhadap individu yang terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia itu,” katanya selepas menutup Bengkel Laporan Berita Mengenai Pemerdagangan Manusia di sini hari ini.
Seramai 30 wakil media dari Sabah dan Sarawak menghadiri bengkel dua hari itu yang bermula semalam anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI). - Bernama
No comments:
Post a Comment