JAKARTA: Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang warga Perancis kerana cuba menyeludup methamphetamine ke negara itu, kata pegawai mahkamah, semalam.
Gerard Debetz, 54, ditahan Januari lalu selepas tiba dengan penerbangan Emirates dari Dubai bersama lima kilogram dadah terlarang itu, dianggarkan bernilai 7.6 bilion rupiah (RM2.7 juta). Pegawai kastam di lapangan terbang di Jakarta menemui bungkusan mencurigakan di dalam bagasinya ketika melalui mesin X-Ray.
Beberapa hari selepas penahanannya, polis turut memberkas seorang lelaki rakyat Iran disyaki sebagai penerima bungkusan itu. “Debetz didakwa kerana mengedar dadah. Mahkamah daerah Jakarta Barat menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dalam perbicaraan Khamis lalu,” kata pegawai mahkamah, Ricar Soroindar. - AFP
No comments:
Post a Comment