Tuesday, 4 October 2011

Mesir naikkan harga gas ke Israel

KAHERAH: Mesir akan meningkatkan harga gas yang dieksport ke Israel. Menteri Minyaknya, Abdullah Ghurab berkata: “Sudah pasti akan ada kenaikan harga yang besar selepas kajian semula. Ia akan diumumkan sedikit masa lagi.”
Penjualan gas ke Israel yang menandatangani perjanjian damai dengan Mesir pada 1979 sering menjadi isu kontroversi di negara Arab paling ramai penduduk itu.

Bekas Presiden Hosni Mubarak yang berdepan dengan perbicaraan atas dakwaan mengarahkan tentera menembak penunjuk perasaan ketika revolusi yang menggulingkannya Februari lalu juga berdepan dengan tuduhan mengeksport gas pada harga rendah.

Mesir membekalkan 43 peratus gas asli Israel yang digunakan untuk menjana 40 peratus bekalan elektrik negara Yahudi itu. - AP

No comments:

Post a Comment