Tuesday, 4 October 2011

Suspek kes campak bayi direman hingga Jumaat

GOMBAK: Remaja wanita berusia 19 tahun yang ditahan selepas mencampakkan bayi yang baru dilahirkannya dari tingkat dua sebuah flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru kelmarin, direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Menurutnya, polis sudah mengambil keterangan suspek yang direman mula semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan kesan titisan darah ditemui di atas lantai dijejaki polis berjaya menemui wanita yang dipercayai bertanggungjawab mencampakkan bayi perempuannya ke dalam longkang flat berkenaan.

Dalam kejadian jam 7.46 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat penduduk mengenai penemuan mayat bayi, bergegas ke tempat kejadian sebelum mengesan wanita terbabit yang sedang bersiap untuk ke tempat kerjanya.

No comments:

Post a Comment