Tuesday, 4 October 2011

Dadah komputer riba

KUALA LUMPUR: Sindiket dadah antarabangsa terutama membabitkan warga Iran dan Nigeria kini dikesan menyeludup masuk syabu dan heroin di lapangan terbang negara menggunakan pelbagai taktik baru termasuk menyembunyikannya di dalam komputer riba, trompet, pembesar suara serta botol krim kecantikan.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagaimanapun, berjaya menghidu taktik sindiket itu dan membongkar tujuh kes penyeludupan dadah membabitkan 12 warga asing dari Nigeria, Iran, Filipina, Pakistan dan Republik Benin (Afrika Barat) dengan jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM2.17 juta, baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, semua kegiatan penyeludupan dan modus operandi terbaru kumpulan dadah itu berjaya ditumpaskan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sejak 26 September hingga petang kelmarin.

Menurutnya, ekoran daripada pemantauan ketat polis di pintu masuk sempadan negara, sindiket itu dipercayai kembali beralih menggunakan lapangan terbang sebagai jalan membawa masuk dadah ke negara ini.


“Sindiket dadah membabitkan warga asing ini bukan saja kembali menjadikan jalan udara sebagai laluan utama, tetapi turut menggunakan pelbagai taktik baru seperti menyumbat dadah dalam komputer riba pada ruangan skrin dan litar utama.

No comments:

Post a Comment